Tuesday, November 26, 2013

Di Wad Hospital Part I

Assalamualaikum :)

Entry kali ini nak cerita pasal selepas bersalin pulak..
Biasa la, mesti kena berkampung jugak kat Hospital kan.. okay, sambung cerita....

Lepas makan & BF, aku dibawa ke wad sementara.. WAD SEMENTARA???!!! katanya wad penuh.. so kena mencelah kat mane2 wad..
okay.yg pertama, wad sementara memang SUCK.! sbb kena berhimpit, xde katil baby & aku yg paling hujung.!! panas sbb xkena kipas.!
Adoi... Aku bersabar selagi mampu.. (untuk pengetahuan kalian, saya panas baran orangnya)
Tengah2 bersabar & tahan TEMPER tue jd sejuk sikit hati bila nampak hubby datang..
Rindunya kat hubby.. Rasa cam nak ajak dia balik senyap2 je.. hihihihi~
Tp apekan daya, masa xmengizinkan untuk hubby teman aku lama2.. Hospital Ampang xmacam HKL.. masa melawat terhad sangat2.. pukul 2pm hubby kena blah.. disebabkan masa melawat dah tamat.. aku tetiba rase sayu je bila hubby nak blah.. padahal dia xg mane2 pun, tggu kat luar wad je..
Bila hubby dah blah, aku pun menyangai.. Tangan naik lenguh dok kendong baby.. sbb xde katil baby.. kena tggu wad tetap baru dapat katil.. Aku cuba2 nak lelap mata tp xboleh.. so aku pun tenung la anak sulung aku nie..
Nyenyak betul dia tidur.. Aku perhatikan dia dari setiap sudut.. Ya Allah, Comelnya Hero sulung ibu nie...
Sambil tue dok fikir nak letak nama ape....
Tengah syok tenung baby, nurse dtg bawak kerusi roda.. katanya nak ke wad tetap. Yeay.! akhirnya.. dari pukul 1pm td,pukul 4.30pm baru dapat wad tetap.. xsabarnya nak tidur.!!!! Memang mengantuk sangat2 dah nie.. Aku pun dibawa ke wad tetap..

Kita sambung entry seterusnya :)

Inilah Putera Sulung aku :)
Pic nie masa baru jer masuk wad tetap..

No comments:

Post a Comment