Tuesday, November 26, 2013

Di Wad Hospital Part II

Bersambung ler dari kisah yg sebelum nie..

Aku dibawa ke wad tetap..
u'olls nk tau ape yg best tentang Hospital Ampang nie?

Aku diletakkan di Wad Kelas C.. kalau kat HKL, u'olls pun tau kan wad kelas c guaner rupenyer...
Tapi kat Hospital Ampang nie mmg terbaek.!
1 wad hanya ada 4 katil sahaja & 2 toilet.. kira 1 toilet untuk 2 katil.. selesa kan?? xperlu p jauh2 nk ke toilet, sebelah katil aku jer..
dan kawasan untuk 1 katil mmg lapang beb.! selesa sangat2.!!
**sambung cerita..

Sampai jer kat katil aku, aku terus letak baby kat katil baby & aku terus baring.. sorry syg ibu, ibu penat sangat.. bg ibu rehat jap ye..
Akan tetapi... anak aku xnk bertolak ansur langsung.!!
letak je dalam katil dia, melalak pulak.. haih~ jawabnya lupekan jela hasrat nk tidur yg membuak-buak tuh.. aku pun menyusukan dia..
Tau2 dia dah lentok.. tp cam xberani nk letak dia kat katil dia.. tkut dia bangun pulak.. so aku kendong jela.. aku terlelap.. tp xdapat tidur betul2.. asek tersedar je.. xtau nape..agaknya takut terlepas baby..
pukul 6pm, hubby datang dgn aliy(adik ipar).. seronoknya xterkata.!! aku terus bg baby kat hubby & bgtau hasrat aku nak tidur sekejap.. yela, waktu melawat 6pm - 8pm.. so curi sikit masa untuk tidur..
Aku letak je kepala kat bantal, terus hanyut.. zzzzzzz~~

Tak sangka dalam masa aku tidur, hubby & adik ipar tolong tukarkan pampers, tidurkan dia.. huhuhuhu~
Terima kasih Hubby. I Love U so much.!!!

Pkul 8pm, hubby kejutkan aku..
masa melawat dah habis.. dia kena balik..
Alahai.. Rase nak menangis tau.!
Sebak sangat..
Hubby kata esok dia org yg paling awal dtg..
Aku pun bangun & jenguk kat anak.. Tidur nyenyak.. Bagus! boleh aku sambung beradu..
sebelum hubby balik, dia ada bekalkan aku waffle, air, kek, jagung rebus & ntah ape bnde lagi.. bnyak betul.! mcm nak dduk sebulan pulak kat hospital nie.

Aku pun smbung la beradu.. xsampai 5 minit dah terdengar suara anak mintak susu..
Adoi.. Nape syg ibu nie?? mcm xbagi ibu rehat je..

Mulut anak aku xnak lepas puting aku dari 9pm - 5am.!!! bayangkan la macam mane.. Naik darah aku dibuatnye.!!
Dia langsung xnak tidur.! bila letak menangis..
aku pulak dengan xcukup tidur, dengan penat bersalin pun xhilang lagi.. aku letak anak atas katil & keluar wad cari nurse.. mintak tolong diaorang jagakan anak aku sekejap.. sbb aku dah xleh nak bukak mata sangat.. badan aku lemah teramat sangat.!
Tapi hampa.. nurse suh aku sendiri settle.. katanya mungkin anak lapar.. gila kau,dari pukul 9pm-5am menyusu masih lapar lagi??! adoi.. pasrah jela.. pergi balik kat katil & layan kerenah dia..
Pukul 3am dia tidur.. alih2 dtg pulak nurse nak amek darah baby.. xpasal2 bangun balik budak tuh.!! sabar jela..
4am, anak masih meragam lagi.. aku cuba lagi mntak tolong nurse.. jawapan yg same dia bagi.. Aku pun naik meroyan ler. aku biarkan anak aku menangis atas katil tuh.. xkuasa nak layan dah.. Ibu letih sangat tau.! mata dah xleh nak bukak.!!

Last2 around 7am, ade nurse dtg amek anak aku.. dia suh aku rehat & tido..
Alhamdulillah.. aku pun xfikir panjang.! terus hanyut.!

Pukul 11am.. Nurse kejutkan aku. katanya anak ade lam katil..
Aik?? Boleh pulak kau tidur ye?? Nyenyak pulak tu.!!! ish anak ibu nie saja nak dera ibu la nie???
aku tengok anak nyenyak tidur, aku pun terus la ke toilet.. bersihkan diri.  tukar pad dll..

Breakfast sampai.. Dengan lahapnya aku makan.. lapar pulak perut nie.. tak sabar nak tggu pukul 1, nurse kata dah boleh balik.. yeay!!

Habis makan, aku call hubby tanya dia kat mana..
Terharu bila dapat tahu yg hubby sebenarnya xbalik pun malam semalam.. dia tidur kat lobby hospital sepanjang malam dgn adik ipar aku.!!! Ya Allah.. Aku bersyukur dapat Husband yg sangat penyayang.! Xsangka dia sanggup berkorban mcm tue sekali.!

Pukul 1pm.. masa yg dinanti...
aku akan balik ke rumah.!!! Yahooooooo.!!! Bebas.!!Merdeka.!!
saya benci hospital.!!!
Dengan sepantas kilat aku siapkan barang2 aku.. Hubby & family datang melawat aku. Ibu aku pun dtg jugak.  seronoknya. MIL terus dukung cucunya.. seronok benar dia.. aku lg seronok sbb dah nak balik.!!!

Hubby selesaikan segala bil2, dokumen, ubat dll..
Dan dengan langkah kanan, Bismilahirahmanirahim...aku pulang dengan putera sulungku..
MUHAMMAD QUSYAIRI <3

Terima kasih Ya Allah kerana beri aku peluang untuk menjadi seorang ibu.. dan terima kasih atas kurniaan yg Kau berikan padaku..

Itulah kisah pertama kalinya aku bergelar seorang ibu..

Pengalaman aku bersalin??
Aku rasa bersalin lg mudah dari alam berpantang.. huhuhu.. u'olls macam mana??

No comments:

Post a Comment